Monday 6 January 2014

Sistem Badan.....

Kita mudah rasa down  bila lihat orang lain lebih berjaya daripada kita.  Lebih menyakitkan hati, bila orang tu tak lah rajin macam kita yang stay up sampai subuh study lepas tu pergi jawab exam dengan mata lebam macam zombie. Tapi alih-alih bila result keluar, orang yang study rileks tu lah yang dapat result gempak. Kita pun mula bertanya mana kekurangan diri kita.


Usah fikir sedemikian rupa. Semua orang ada keunikan  cara dan nilai tersendiri. Cuba kita bayangkan andai semua anggota badan kita mampu bercakap. Semua anggota badan kita masing-masing memperkatakan kehebatan dan kepentingan mereka. Suatu hari, mulut berkata, “Aku yang paling bernilai berbanding dengan yang lain. Aku boleh berinteraksi dan berkomunikasi!”. Lalu telinga pulak berkata  dengan poyonya, “Aku tempat manusia mendapatkan sesuatu maklumat. Kalau tak dengar, macam mana mulut nak berkomunikasi!”. Datang pulak si mata menyampuk, “ Eh, aku lagi penting la. Sebab aku lah manusia boleh melihat dan tak hidup dalam kegelapan. Bak kata Prof Rohaya, dari mata turun ke hati hihi..”. Semua terdiam seketika.  

Tiba-tiba, “Puk..puk..puk..”. Oh, si tangan rupanya.  Tangan bertepuk dan berkata, “ Kamu semua ni dah salah menilai. Tak tahu bezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Aku lagi hebatlah. Aku ni multi purpose tau. Hei mulut, kalau kau tak ada sekali pun, tangan masih boleh digunakan untuk berkomunikasi. Hah! Kau pulak mata..tak ada kau pun, tangan masih boleh meraba-raba dalam gelap. Dengan tangan jugak lah manusia boleh makan, minum dan bersuci.” Panjang lebar betul si tangan berkhutbah . “ Ehem..” dengus si kaki panjang. “ Eh hello..kaki ni macam mana pulak? Takkan tunggul je kot? Bukan ke dengan kaki ni barulah manusia boleh berjalan ke sana sini?” cebik si kaki. 

Sedang mereka sibuk berbalah, terdengar suara garau si bontot. “Aku pun penting apa.. aku boleh buang pupu.” “ Hish! Diamlah kau busuk!” celah si kaki kasar. “ Dalam banyak-banyak anggota badan, kau lah paling tak penting. Jangan nak perasan kat sini!” tambah si tangan. Kesian si bontot. Semua anggota badan yang lain mengutuk  kaw-kaw si bontot. Semuanya  tak nak kalah promote kehebatan dan kepentingan masing-masing. Keadaan semakin gamat dan hingar bingar. Si bontot akhirnya merajuk dan membawa diri lepas dikutuk dan dikeji.

Sedang mereka sibuk berbalah, tiba-tiba tangan berasa tidak selesa. Mulut pula diam tak banyak berbunyi dan kaki pulak tak senang duduk. Perbalahan yang kecoh sebentar tadi tiba-tiba terhenti. Rupa-rupanya si bontot yang merajuk tadi nak buang pupu. Dalam keadaan tergesa-gesa, mereka pun mencari si bontot dek kerana semuanya dah rasa tak selesa. Pujuk punya pujuk,akhirnya bontot pun setuju beri kerjasama untuk melepaskan ‘pupu’ tersebut. Alhamdulillah.

Mesejnya di sini adalah semua anggota badan memainkan peranan penting. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Lihatlah, walaupun bontot mungkin merupakan anggota badan yang paling tak glamor tetapi ia juga elemen penting dalam sistem tubuh badan manusia.

Begitu juga dengan diri kita. Walaupun kita rasa diri kita tak cantik dan tak pandai namun ingatlah, kita tetap anak kepada orang tua kita dan merupakan pewaris bangsa kepada negara kita. Ambil lah tauladan kisah si bontot.  Meskipun kelihatan low class, kita tetap mempunyai keistimewaan tersendiri yang tak ada pada orang lain.
Mereka yang kehilangan nikmat mata (buta) dipanggil orang kurang upaya (OKU). Begitu juga halnya bagi mereka yang kehilangan nikmat telinga (pekak). Tetapi apa pulak gelarannya untuk orang yang kehilangan nikmat bontot? Pernah ke kita dengar atau lihat orang yang kehilangan nikmat bontot? Tentu tak pernah kan? Belum ada lagi kes pelik manusia dilahirkan tanpa bontot di dunia ni. Hal ini mungkin dipandang enteng namun ia membawa signifikan yang cukup besar kepada kehidupan kita.

Jadi bagi pelajar yang mungkin berasakan diri mereka tergolong dalam golongan bontot, percayalah bahawa anda sebenarnya sangat bernilai dan diperlukan. Apa yang diperlukan hanyalah rasa bernilai dan rasa diperlukan.  Hanya dengan cara itu barulah kita dapat all out potensi sebenar diri kita yang mungkin kita sendiri tidak pernah tahu selama ini.

Untuk pelajar yang mengalami imperial complex (rasa rendah diri), kamu mesti percaya dan yakin bahawa sikap seperti itu patut dikuburkan. Umpamanya di peringakat sekolah,tidak semestinya pelajar jurusan sains adalah pelajar cemerlang dan tidak semestinya pelajar jurusan sastera adalah pelajar corot.


Cuba kita gunakan pendekatan TUKAR dalam situasi ini. Apa akan jadi apabila pelajar jurusan sains ditukarkan ke jurusan sastera dan begitu juga sebaliknya. Kita mudah menyimpulkan bahawa pelajar jurusan sains tersebut belum tentu dapat melakukannya sebaik pelajar jurusan sastera. Begitu juga halnya dengan pelajar sastera yang mungkin tidak dapat melakukannya sebaik pelajar jurusan sains. Inilah bukti mudah bahawasanya setiap insan dilahirkan dengan keunikan tersendiri menerusi kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Hidup ini pasti bosan dan gersang tanpa kelainan dan keunikan individu yang pelbagai.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa tak semua individu yang bergelar Doktor Falsafah (Phd.) dianugerahi pingat dan tak semua individu yang dianugerahi pingat mampu mencapai peringkat Doktor Falsafah dan bergelar  Dr.



No comments:

Post a Comment